6 June 2013

Klebang Beach Resort

Percutian semalaman (2D1N) bersama keluarga pada 04.06.2013 di Klebang Beach Resort Melaka memang tidak dirancang. Resort ini terletak di tepi Pantai Klebang Melaka memang sangat nyaman dan cantik lokasi serta pemandangannya. Tetapi keadaan bilik sangat sempit dan cukup2 untuk dihuni oleh 2 orang sahaja.. Oleh kerana percutian ini dalam bulan bajet dan atas desakan adik kesayangan yang hendak bermandi manda di swimming pool, maka resort ini adalah pilihan yang sesuai. Harga Super Peak Season untuk Superior Room ialah RM159 satu malam termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Gambar bilik tak dapat diambil sebab keadaan bilik yang sangat berselerak hahahaha.... Walau bagaimanapun, kami sekeluarga gembira berada di sini, dan hidangan sarapan di cafe resort agak memuaskan dengan menu sarapan yang agak banyak disediakan, ada nasi goreng, kuetiaw goreng, rendang ayam, mihun sup, bubur, omellet, baked bead, baked potato, chicken koktail, roti, bijirin, salad, aneka buah dan puding, fresh oren, kopi dan teh....








No comments: